Jan 28, 2011

5 cara untuk berhenti kerja dengan sexy dan bergaya

Assalamualaikum semua dan salam 1Malaysia. Ada tak sesiapa yang tension kerja sampai perasaan membuak2 untuk berhenti tapi dalam masa yang sama nak meninggalkan kesan sampingan dalam diri sendiri dan bos. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang manusia berhenti kerja meninggalkan kesan dendam terhadap bos dan kemungkinan besar peluang untuk dapat kerja kat tempat lain amat nipis tipis apabila bos mewar2kan tentang cara pemberhentian kerja anda yang sungguh bergaya itu.*wah, hebatnya aku buat satu ayat yang mempunyai banyak kata kerja dan kata sifat.bangga cikgu Rohaya Sahat.




1. Menghadiahkan sebuah kek kepada bos. Dengar macam sweet jek kan. Tapi bukan tu jek. Tulis la surat kiriman rasmi kat kek tu menyatakan yang anda nak berhenti kerja. Dengan ini,mungkin bos anda akan mengembangkan hidungnya kerana ada pekerja yang sanggup bagi kek walaupun nak berhenti kerja.

surat yang tertera pada kek berbunyi "Dear Mr. Bowers,
During the past three years, my tenure at the Hunters Point Naval Shipyard has been nothing short of pure excitement, joy and whim. However, I have decided to spend more time with my family and attend to health issues that have recently arisen. I am proud to have been part of such an outstanding team and I wish this organization only the finest in future endeavors.
Please accept this cake as notification that I am leaving my position with NWT on March 27.
Sincerely,
W. Neil Berrett"



2. Hantar email kat bos. Kalau nak lagi best, hantar sekali kat semua kawan2 opis. Tapi bukan email biasa tau. Amik la gambar dengan aksi2 yang menarik. Contohnye amik whiteboard, tulis lah nak benti keje. Lagi best kalau kata2 yang ditulis tu diselitkan dengan unsur2 meluahkan perasaan yang terpadam terpendam terhadap bos.

perhatian: aksi ini memerlukan seorang lagi kawan untuk menjadi fotographer.



3.  Membuat aksi melodramatic kat opis. Perlu la diingatkan bahawa aksi ini perlu menjadi tontonan bos. Baru la ada thrill. Paling-paling pun kena halau dengan sukuriti security jek. So takde hal lah. Aksi2 perlu la berunsurkan luahan hati yang terpendam selama bekerja dengan bos.

jadikan lelaki di atas ini sebagai contoh. lihat video ni untuk belajar dengan lebih lanjut.



4. Tinggalkan message box kat desktop. Cara ni memerlukan kepakaran dalam bidang IT. Sesape yang buta IT pun bole buat. Cuma perlu google. 'You can find anything on Google'. Eceh, siap promote google lagi.

i'd like to renegotiate.ahaha.cool gile.



5.  Hantar video perletakan jawatan. Video ni mestilah yang sangat extreme. Baru la akan menjadi sejarah syarikat. Pasti akan menjadi perbualan seluruh warga syarikat samada yang mengagumi ataupun yang mencumbui mecemburui adegan anda dalam video tu.

tonton video untuk mencontohi selanjutnya. *muka kt depan tu mesti bos dia.


Kepada sesiapa yang rasa2 nak tiru salah satu cara yang sexy dan bergaya di atas, sila jangan carik saya kalau kesan dampingan sampingan yang melanda anda agak mengecewakan.

Contoh kesan sampingan yang mengecewakan:
  • akan diblacklistkan oleh syarikat2 yang anda rasa kondifen konfident akan dapat lepas berhenti
  • akan ditangkap polis dan bermalam di lokap untuk bedah siasat siasatan lanjut
  • dan paling tak diingini, akan dimasukkan ke hospital mental.
Oleh  itu, berfikir la dulu sebelum bertindak

3 Comments:

At Feb 14, 2011, 10:25:00 AM , Blogger Irwan said...

giler saiko aku...

 
At Feb 14, 2011, 10:37:00 AM , Blogger Irwan said...

salam cik syadatul, kalau nak sambung, saya sarankan cik baca dari mula:

http://budakwelding.blogspot.com/2011/02/disclaimer.html

 
At Jan 3, 2015, 8:15:00 PM , Blogger Miss Azi said...

Terbaikk la...

 

Post a Comment

sila menconteng arang ke muka page ini

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home