Jan 19, 2011

menyampah

eh.eh ni apa ni?suka2 jek nak menyampah2 dengan orang. before that, let me explain the word meyampah.

meyampah ialah satu kata sifat yang menggambarkan perasaan yang menjengkelkan terhadap sesuatu.*definition ni i buat sendirik.takde dalam wikipedia

kata akar atau root word bagi menyampah ialah sampah.ini menggambarkan betapa sampah nye benda atau orang yang di menyampahkan itu.

perkara2 yang membuatkan i was like 'eee,menyampahnye aku':


1. bila ada orang tak habis2 nak promote suruh buat side income,pastu tunjuk2 la yang dia dapat banyak duit hari ni.itu la.ini la.duhh.sampah okey.


2. bila ada orang komen or update status guna shortform yang sangat menjengkelkan.contoh: takde jadi tade.nak jadi na.rindu jadi windu.dan yang sewaktu dengannye.sangat sampah.


3. bila i tengah bercakap tiba2 dia potong cakap i.damn,tunggu la aku habis cakap dulu vodo. sampah betul.


4. bila tengah tengok movie, ada orang sebok tanye 'kenapa dia mati?', 'bila dia nak balik?', 'siapa yang bunuh dia?', 'bila cite ni nak habis?', and pelbagai lagi la bentuk soalan.although soalan tu bukan ditujukan kat i,tapi annoying ok.nak je rasanya cakap 'bila ko nak diam?'.sampah sangat.


5. bila nampak aksi bf/gf yang i agak terlampau di khalayak ramai *paham2 je la aksi apa nyak. helo,bukan anda seorang yang ada bf/gf.tak perlu la nak tayang kat semua orang.dua2 sampah hokey.


6. bila ada orang potong queue.ha,ni yang den tak gomar.den ponek2 beratur,ekau sodap2 potong.contoh2 situasi potong queue: kat kuanter,eh kaunter supermarket, naik bas, tol, fitting room *eh,fitting room pun ade?..ado,ado.sapo kato takdo.den raso nak sumbek yo sampah kt mulut dio.


7. bila pagi2 semangat nak pegi kelas,bukak pintu.tadaaaaa,ada segerombolan sampah kat depan pintu.yang ni memang betul2 sampah.kuang hajo sape buang sampah depan umah aku.memang sampah betul manusia itu.i dengan housemate i punye la buat duty roster untuk buang sampah hari2,manusia ni sedap2 jek letak sampah depan rumah i.


8. bila pakcik bas tetap amik orang walaupun keadaan orang dalam bas da takde rupa orang da.helo pakcik,cube lihat belakang,da macam pickles in the jar da orang2 dalam bas nih.takyah la benti amik orang lagi.sian kat kami.


9. bila ada artis yang pakai bikini kat tepi pantai,pastu mak dia cakap 'eh,dulu anak i pakai bikini takde orang kecoh pun,kenapa baru sekarang nak kecoh?'.duhhh,sampah betul mak artis nih,lagi dia nak kantoikan yang anak dia memang da biasa la pakai bikini sebelum ni.mak dia ni betul2 menconteng arang kat muka anak dia.ahahaha.


10. ah kau ni asik nak menyampah jek.kau ingat orang tak menyampah ke dengan kau?


11. ada aku kesah?


12. jangan lah membuang sampah merata rata.buang dalam tong sampah ye.bukan depan rumah i.



ahahaha.memang nak kena humban dalam tong sampah budak ni.

0 Comments:

Post a Comment

sila menconteng arang ke muka page ini

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home