Feb 19, 2011

Apabila orang Melaka berkata-kata

Gambar Hiasan


Kenapa? Kenapa? Kenapa dengan bila orang Melaka berkata-kata? Sebelum tu i nak mintak maaf terlebih dahulu kalau entri ni ada buat sesiapa terasa.

Ustad i dulu pernah cakap camni, "dulu masa saya pindah Melaka, dalam perjalanan nak ke Melaka mula2 saya jumpa Bahau, lepas tu saya jumpa Mambau, bila sampai Melaka saya jumpa lahabau". Haha as for me, that's hilarious.

Semua orang pun tau kan yang orang Melaka memang kasar dalam percakapa mereka. So siapa2 yang baru sampai Melaka tu jangan la terkejut ye dengan bahasa mereka.

Kadang-kadang kelakar juga bila dengar orang Melaka ni. meh i bagi contoh:

Pak Derus: Eh, Kinoi apsal ko datang tak bagitau dulu?
Kinoi: Saje aku nak buat surprise.
Pak Derus: Hawau punye budak. Dah dah, meh naik meh.

*See,dengau cam kasau bebenau bahasa dorang ni kan.

Pak Derus: Haa, tunggu apa lagi tu Kinoi oi. Duduk la.
Kinoi: Hehe, ingatkan ko tanak jemput duduk tadi.
Pak Derus: Oi lahabau, tak payah la ko nak malu malu kat rumah aku ni.

*Hamik kau kene sebijik.

Pak Derus: Ko sorang je ke ni? Mane anak ko Rizal si celaka tu?tak ikut sekali?
Kinoi: Ni baru lepas hantar dia balik asrama la ni. Saje singgah nak jumpa kau.

*dia panggil anak aku celaka?dem.

Tiba-tiba telefon rumah Pak Derus berbunyi menandakan waktu sahur telah tiba ada orang tepon. Pak Derus pun pegi jawab.

Pak Derus: Hello
Diam....
Pak Derus: Ha kau Saipul, bile ko nak balik ni? Merayap jek keje kau, anak haram.
Diam....
Pak Derus: Balik cepat, Pak Kinoi ko datang ni.
Diam....
Pak Derus: Celake ko tak kenal Si Kinoi tu? Bapak si Rizal la kawan ko mase kecik kecik dulu.

*Tuu dia. Pak Derus telah meng anakharamkan dan mencelakakan anak nye sendiri

Cerita kat atas tu semua cerita betul ye cuma situasi yang berbeza telah disatukan.Huhu.

Walaupun orang Melaka berbahasa kasau bebenau, tapi hakikatnya mereka tak bermaksud begitu. Lahabau celake hawau tu suma adalah perkataan geli2 jek bagi mereka. I don't even know what those words mean. Cuma kedengaran agak kasau ye disitu.

So, sape2 yang baru berhijrah ke Melaka tu sila biasa2 kan diri dengan bahasa mereka.

Ni ade sedikit segmen yang diberi tajuk "MARI BELAJAR BAHASA MELAKA" yang i ciplak kat belog encik abes. Sila klik gambar untuk tumbesaran tulang temulang.



Bagi sesiapa yang tau lagi bahasa2 Melaka yang best, bole share kat sini ye. Bole tinggalkan komen kat bawah. I teringin nak tau lagi. Hihi.

4 Comments:

At Feb 19, 2011, 12:11:00 AM , Blogger ieka darlink said...

haha. ika memang orang melaka.
even duduk selangor tapi selalu balik kampung kat melaka.
orang melaka memang kasau benau.
tapi dorang peramah sangat.
paling bes kalau kenduri. meriah sangat. :)

 
At Feb 19, 2011, 2:31:00 AM , Blogger khalidahmacambaguss~O_o said...

hahaha....adakah aku pernah berbahasa sebegini? aku biasa pakai bahasa sopan je la hawaw...
eh, ooppsss....!!! demit

 
At Feb 19, 2011, 2:37:00 AM , Blogger Syadatul Adawiya said...

@khalidahmacambaguss~O_ohaha.cam celake.aku duk mlake lame jugak tp tak bese la berbahasa kasau bebenau ni.huhu

 
At Feb 19, 2011, 2:37:00 AM , Blogger Syadatul Adawiya said...

This comment has been removed by the author.

 

Post a Comment

sila menconteng arang ke muka page ini

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home