Feb 2, 2011

jalan jalan carik pasal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Patrotik penting ye di situ. Penghapdetan blog kali ni agak terhad ye kawan kawan sebab i guna hp jek. Hp murah pulak tu. Seawal 11.40 pagi tadi *pale hotak kau awal. Bukan apa, cuti cuti ni i selalu bangun tengahari. Tu yang agak bangga ye disitu bila bangun pagi. Ok sambung cite. My kakngah and i went to midvalley. The reason kitorang keluar awal sebab takut takde parking maklumlah rakyat malaysia sibuk menshoppingkan diri untuk menyambut perayaan yang bakal menjelang tiba tak lama lagi. *adah, cukup dengan ayat skema kau tu. Kitorang pun tunggu ketibaan kakteh yang bertolak dari rumah dia yang memakan masa 5 minit perjalanAN itu, Rumah sebelah je beb. Midvalley tu da macam playground dia tiap tiap petang pi main sana. Then, kitorang lunch kay chillie's. Pastu pi jalan jalan sambil menshoppingkan diri. Dapat la sambar beberapa ketul baju yang ditaja oleh kakteh. Penat, kitorang lepak kat biji kopi (coffee bean) pekena teh tarik. Ok i tipu. Bukan teh trik tapi double chocolate ice blended. Hilang penat, sambung shopping kat carrefour beli barang nak buat kek. Masa nak bayar tu, ada la orang buat tarian naga kat depan kaunter. I pun excited dan menjengket jengketkan diri sambil menyesali kenapa la tak minum susu enfagrow masa kecik kecik dulu. Nampak la jugak kepala naga tu masa dia panjat nak amik ape tah. Pastu balik terus pengsan. Ok kau da boleh diam sekarang.

0 Comments:

Post a Comment

sila menconteng arang ke muka page ini

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home